Tuesday, September 16, 2008

Seorang Janda

Suatu hari, ada seorang sahabat berkahwin dengan seorang janda. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya mengapa dia menikahi seorang janda, sedangkan kalau dia berkahwin dengan seorang anak dara, dia boleh bermanja-manja dengan isterinya.

Maka sahabat itu menjawab, dia mempuyai banyak adik-adik kecil yang tiada siapa boleh menjaganya. Seorang janda mempunyai pengalaman untuk menjaga anak-anak kecil kerana ibunya sudah meninggal dunia. Maka Rasulullah pun diam.

Thursday, September 4, 2008

TO MUSLIMAH...

Hukum Bercelak Mata

"Hendaklah kamu memakai celak mata kerana dapat menyihatkan mata dan menyuburkan bulu mata"...Ibnu Majjah meriwayatkan hadis daripada sabda Rasulullah s.a.w.

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. "Apabila mencelak matanya, baginda menyapu sebanyak 3 kali" (Ibnu Majjah-At Tibun Nabawi)

Dengan memakai celak, seseorang itu dapat;
1. menyihatkan mata
2. menguat dan membersihkan pandangan
3. menghilangkan penyakit mata
4. mencantikkan mata dan menyinarkan cahaya mata



Allah Menangguhkan Azab

Seorang pemuda Bani Israil melakukan ketaatan dan penghambaan kepada Allah selama 20 tahun dan membuat kemaksiatan selama 20 tahun. Pada suatu hari dia bercermin, dan melihat rambut-rambutnya memutih. Dia mengingati dirinya dan merasa malu dengan apa yang telah dilakukannya.

Dia berkata,"Duhai Tuhanku, 20 tahun aku beribadah dan 20 tahun juga aku melakukan maksiat. Jika aku kembali kepadaMu,adakah Engkau memperkenankanku?"

Tiba-tiba kami terdengar suara yang mengatakan : " Kamu mencintai Kami, maka Kami pun mencintaimu, kamu tinggalkan Kami, maka Kami meninggalkan kamu, kamu berbuat maksiat kepada Kami, Kami menangguhkanmu dan jika kamu kembali kepada Kami, Kami akan menerimamu".



Sumber : "Kisah Orang-orang yang Makbul Doanya"
Terbitan Pustaka Al-Shafa Kuala Lumpur.